2014年7月22日星期二

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian
Kajian Kepustakaan
Sumber yang digunakan dalam kerja kursus ini ialah sumber sekunder.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1417), sekunder bermaksud yang kedua pentingnya dan tidak yang utama.  Sumber ini adalah publikasi di mana penulis mendeskripsikan hasil karya orang lain, manakala  kepustakaan bermaksud senarai buku yang dipakai untuk mengarang dalam (Kamus Dewan muka surat 2556).  Sumber pustaka digunakan untuk mendapatkan definisi-definisi dan sebagai sumber rujukan untuk kerja kursus ini. Sumber pustaka yang telah digunakan ialah :
1)       Kamus Dewan Edisi Keempat.Hajah Noresah bt.Baharom.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2010.      

2)      Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal tiga.Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Work, Safriza Abd.Hamid.Pelangi.2014.m/s 93.

3)      Teks STPM Ekonomi (Makroekonomi) Panggal dua.Che Ros Zainol, Mohamad Shukri Seman.Pelangi 2014. m/s231.

Kajian Internet
            Menurut kepada Wikipedia,internet bermaksud rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian (http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet) .  Internet juga  adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya. (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kadar).  Kajian internet telah digunakan untuk muat turun sumber yang diperlukan seperti Imbangan Semasa Malaysia dari tahun 2005 ke 2012.  Beberapa laman web kerajaan dan swasta telah dilayari untuk mengumpul laparan agensi kerajaan serta swasta. Semua bahan yang terdapat dari internet telah dipilih secara teliti untuk mendapatkan maklumat yang tepat.  Laman web yang telah digunakan ialah :




Laman Web Kerajaan
Jabatan Perangkaan Malaysia
-          mendapat data Imbangan Akaun Semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012

Laman Web Swasta
Wikipedia
-          mendapatkan definisi internet.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu
-          mendapatkan mendapat definisi-definisi yang berkaitan dengan tajuk.

Kaedah Analisis Data
Kaedah analisis   data dapat diartikan sebagai cara melaksanakan analisis terhadap data, dengan tujuan mengolah   data tersebut menjadi informasi, sehingga karakteristik atau sifat-sifat datanya dapat dengan   mudah dipahami dan bermanfaat untuk menjawab masalah-masalah yang berkaitan dengan   kegiatan penelitian, baik berkaitan dengan deskripsi data mahupun untuk membuat induksi, atau   menarik kesimpulan tentang karakteristik populasi (parameter) berdasarkan data yang diperoleh   dari sampel (statistik).  (http://pensa-sb.info/wp-content/uploads/2010/10/ANALISIS-DATA-DALAM-STATISTIK.pdf). Kaedah analisis data telah digunakan untuk mendeskripsikan data yang terkandung dalam Imbangan Akaun Semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.  Analisis data telah dibuat berdasarkan kepada soalan kajian yang telah ditetapkan untuk mencapai objektif iaitu ~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hasil Kajian 1

6.0  HASIL  KAJIAN
6.1  Mengenal  pasti  arah  aliran  imbangan  akaun  semasa  Malaysia  dari  tahun  2005  hingga  tahun  2012. 
Imbangan  akaun  semasa mencatat aliran wang bagi urusniaga yang melibatkan barang, perkhidmatan, pendapatan dan bayaran pindahan.  Imbangan Akaun Semasa diperoleh dengan mengambil kira akaun perdagangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan dan akaun pindahan semasa.
Imbangan akaun semasa = imbangan perdagangan + imbangan perkhidmatan + imbangan pendapatan + pindahan semasa
Jadual  1  berikut  menunjukkan  jumlah  imbangan  akaun  semasa di Malaysia  dari  tahun  2005  hingga  tahun  2012
Jadual  1  Imbangan  akaun  semasa di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 
Tahun
Imbangan akaun semasa
(RM juta)
Perubahan imbangan akaun semasa (RM juta)
2005
78,367
-
2006
96,029
17662
2007
102,190
6161
2008
131,414
29224
2009
110,727
-20687
2010
87,183
-23544
2011
102,426
15243
2012
57,348
-45078
(Sumber  :  Jabatan  Perangkaan  Malaysia  dikemas  kini  pada  Oktober 2013)
            Pada tahun 2005, 2006, 2007, 2008, dan 2011 arah aliran akaun semasa telah meningkat.  Manakala akaun semasa telah menurun pada tahun 2009, 2010, dan 2012.
            Jumlah akaun semasa telah naik sebanyak RM17662 juta iaitu daripada RM78367 juta pada tahun 2005 ke RM96,029 juta pada tahun 2006.  Diikuti tahun 2007, jumlah akaun semasa juga naik sebanyak RM6161 juta iaitu daripada RM96,029 juta pada tahun 2006 kepada RM102,190 juta pada tahun 2007.  Tambahan lagi, jumlah akaun semasa telah naik secara berterusan sebanyak RM29224 juta lagi kepada RM131,414 juta pada tahun 2008.  Selain itu, jumlah akaun semasa telah menaik sebanyak RM15243juta daripada RM87,183 juta pada tahun 2010 kepada RM102,426 juta pada 2011.
Manakala jumlah akaun semasa yang mengalami penurunan ialah pada tahun 2009 telah merosot sebanyak RM20687 juta iaitu RM131,414 juta pada tahun 2008 kepada RM 110,727 juta kepada RM110,727 juta.  Justeru akaun semasa juga menurun RM23544juta iaitu daripada RM110,727 juta pada tahun 2009 ke RM87,183 juta pada tahun 2010.

Rajah  1 : Imbangan  akaun  semasa di Malaysia dari tahun 2005 ke tahun 2012
            Rajah 1 menunjukkan arah aliran jumlah akaun semasa.  Merujuk kepada rajah tersebut, didapati jumlah akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012 adalah tidak konsisten.  Jumlah akaun semasa yang paling adalah pada tahun 2008 iaitu melebihi RM120,000 juta.  Manakala jumlah akaun semasa yang paling rendah adalah pada tahun 2012 iaitu kurang daripada RM60,000 juta.  Jumlah akaun semasa menaik secara berterusan dari tahun 2005 hingga tahun 2008, dan menurun pada tahun 2009 hingga tahun 2010. 
Secara keseluruhannya, didapati jumlah imbangan akaun semasa di Malaysia adalah semakin meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Walaubagaimanapun, jumlah imbangan akaun semasa menurun secara mendadak dari tahun 2008 hingga tahun 2010.  Seterusnya imbangan akaun semasa meningkat ke tahun 2011 dan semakin menurun ke tahun 2012.
Sebab penurunan imbangan akaun semasa
Pada tahun 2012, imbangan akaun perkhidmatan mangalami defisit yang meningkat disebabkan oleh defisit yang tinggi dalam akaun pengangkutan, insurans dan pencen, dan perkhidmatan perniagaan lain. Imbangan akaun perjalanan adalah menurun pada tahun 2012, hal ini disebabkan ketibaan pelancong ke Malaysia berkurangan kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di luar negeri.
Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk mempromosikan Malaysia sebagai pemilihan destinasi yang pertama.  Pelbagai program telah diadakan pada tahun 2012, seperti International Shoes Festival, International Tourism Exchange, dan International Tourism Night Flora Parade.  Di samping itu, tarikan pelancongan di Johor, pembukaan tempat pelancongan Legoland juga merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan imbangan akaun perkhidmatan
Sebab peningkatan imbangan akaun semasa
            Peningkatan imbangan akaun semasa  disebabkan oleh peningkatan dalam akaun barangan dan akaun perkhidmatan.  Hal ini disebabkan oleh pertambahan eksport adalah lebih besar daripada pertambahan import.

            Langkah untuk mengekal peningkatan imbangan akaun semasa ialah meningkatkan pengeluaran E&E (elektrik dan elektronik) yang berkualiti supaya dapat mengeksport ke luar negeri, selain itu, pengeluaran bukan E&E seperti pengeluaran kelapa sawit juga harus dititikberatkan supaya dapat meningkat eksport ke luar negeri.  Di samping itu, kerajaan juga harus memastikan pasaran mempunyai tenaga buruh yang mencukupi supaya kurang import tenaga buruh dari luar negeri.